Tuesday, August 26, 2014

SEDEKAH? TAPI SAYA TAK KAYA

ASSALAM

Semoga kita semua dilimpahi rahmatNYA dan doalah selalu semoga HIDAYAH Allah sentiasa ada buat kita

Kerana tanpa hidayahNYA pincanglah hidup...

Berbalik kepada tajuk sedeqah..

Seseorang pernah berkata

" kita jangan tunggu kaya baru nak sedeqah! mulalah dari sekarang seadanya..sebolehnya bangun pagi tu sudah ada niat apa yang kita nak sedeqah hari ni "

" tak akan miskin dengan bersedeqah, malah di situ juga sebenarnya terdapat saham kita"..



 tertarik dengan status di page MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI

KEPADA SAUDARA YANG ( MERASAKAN )TIDAK CUKUP WANG UNTUK BERSEDEKAH SETIAP HARI...
Fakta ini akan mengubah paradigma ( cara berfikir ) kita. Insya-Allah.
*************************
" Bukankah Allah SWT telah menjadikan sesuatu bagi kamu untuk bersedekah? Sesungguhnya setiap tasbih ialah sedekah, setiap takbir ialah sedekah, setiap tahmid ialah sedekah, dan setiap tahlil adalah sedekah. Memerintahkan kepada kebaikan ialah sedekah, melarang daripada kemungkaran ialah sedekah bahkan melakukan hubungan bersama isteri kalian juga sedekah" (HR Muslim)
*************************


JADI...

Usah tunggu lagi

marilah suburkan amalan bersedeqah

sudahkah anda ?

tasbih x33
tahmid x33
takbir x33
LA ILA HAILLAH LAHULMULKU WALAHUL HAMDU YUHYI MAYUMIT 
WA HUWA ALA QULLISYAIIN QADIR
selawat x100

INGAT...SELAGI TAK SELESAI AMALAN DI ATAS...KITA SEBENARNYA MASIH BERHUTANG SEHARIAN DENGAN ALLAH


No comments: